salam ols, alhamdulillah..bersyukur sangat dengan kesihatan yang baik yang Allah dah berikan pada kita hari ni. Hari ni ketika yu berjalan2 ke satu2 blog, yu ade terbaca satu entry yang sangat2 menyentuh hati dan yu rasa terpanggil untuk berkongsi dengan blogger lain. Setiap orang ade ujian dan dugaan masing2..tidak terkecuali keluarga (Pn.Norma & E. Talib) ini..ape yang yu tulis ni adelah kisah benar, dan u ols blh terus klik ke page ( MOON ) iaitu akak ipar kepada Pn.Norma.
Ketika Norma masih sihat
Pada hari perkahwinan Norma & Talib
Pasangan ini mengikat tali perkahwinan dan selang beberapa bulan norma di sahkan hamil. Pada bulan ke 7 dia sudah mengalami tanda2 penyakit dan flat..
Norma selamat melahirkan bayinya yang di beri nama Rafiq. syukur dengan kebesaran Allah telah mempermudahkan proses kelahiran
si kecil Rafiq. Namun pada ketika mereka gembira menimang cahayamata, sebuah penderitaan bermula...dugaan demi dugaan yang maha hebat mereka terima dengan redha..Norma di sahkan menghidap barah otak...hari bertukar hari, tumor di otaknya semakin membesar dan aktif.
Saat2 paling indah dalam hidup ni bila menyambut kelahiran orang baru, tetapi Norma hanya mampu memeluk anaknya tanpa ada daya mengangkat dan membelai seperti ibu2 yang teruja menyambut kelahiran pertama..(ape perasaan kita jika berada di tempat norma?)
Rafiq yang tidak tahu ape2..sepatutnya bayi sekecil rafiq dibelai dan di manja oleh ibunya..namun Norma hanya dapat merenung anaknya tanpa dapat berbuat ape2...
Talib yang sentiasa berada di sisi isteri tercinta
Pada ketika ini, penyakit barah otak yang dihadapi norma beada di tahap 4..Dr. telah melakukan pelbagai ikhtiar...namum tumor ini sangat aktif dan Dr. meminta keluarga norma untuk berikhtiar cara perubatan tradisional selagi mampu..
Suami Norma, tidak jemu2 berusaha mencari dan merawat isterinya dan mencuba pelbagai cara tanpa sebarang keluhan sehingga berat badannya susut secara mendadak.
Kepada sesiapa yang ingin membantu dan mengurangkan beban keluarga En. Talib, boleh membuat sumbangan di :
CIMB
01070068677528
Noormawati Mohd Razif
Untuk tahu lebih lanjut, u ols boleh terus ke page http://miera301.blogspot.com/
jika tidak dapat membantu dari segi kewangan, cukup sekadar kita mendoakan semoga norma kembali sembuh seperti sediakala..
insyaallah, amin...
INNAA LILLAAHI WA INNAA ILAIHI RAAJI’UUN. ALLAAHUMMA’ JURNII FII MUSHIIBATII,
WA’UKHLUFLII KHAIRAN MIN-HA
WA’UKHLUFLII KHAIRAN MIN-HA
(Sesungguhnya kami milik Allah dan kepadaNya kami kembali. Ya Allah, berikanlah aku pahala karena musibah yang menimpaku, dan datangkanlah kebaikan setelah musibah ini..)